Monday 14 February 2011

Bingkisan Maulidur Rasul 1432H/ 2011




1. Sirah Nabi SAW adalah segala cerita tentang hidup Rasulullah SAW. Ada perkara yang berkait dengan hukum ia dipanggil sunnah. Intipati pada sirah bertujuan untuk memberi pengajaran tentang hidup di dunia ini. Contoh sirah nabi bagaimana nabi bergurau - panggilan manja kepada isterinya, tarik hidung, sebabnya nak bagi tahu sunnahnya bergurau sesama suami dan isteri.

2. Bila makan Nabi SAW makan dengan 3 jari. Ini daripada Hadis yang sahih. Tapi kene tengok apa yang BAginda makan, jenis apa. Makan secara berjemaah. Sebenarnya nabi nak tunjuk bahawa kita mesti makan dengan sopan santun, makan tertib, dan mesti berjemaah.

3. Sirah ini, mesti kene ada guru yang mengajar, ada pelajar yang mendengar.

4. Presiden Bush (bekas Presiden US) mintak Mesir (Mubarak) pergi ke Al-Azhar jumpe dengan Almarhum Syeikh Tantawi (Syeikh Al-Azhar,nak mintak buiang subjek Sirah dan Jihad. Tpi kata Almarhum, setiap matapelajarn adalah jihad, tidak boleh dibuang. Sirah, memang tidak boleh.Kenapa Bush taknak umat Islam belajar Sirah, sebab dia tahu, dengan adanye Sirah, orang Islam akan jadi kuat, Umat Islam akan hidup. akan merasakna bahawa nabi ada bersama dengan mereka.

5.Baca al-Quran, walaupun kita hebat dahulu, pernah memenangi pertandingan tadarus dan sebagainya, jangan ingat baccan kita itu betul sepanjang hayat. Sebab al-Quran bergantung kepada lidah makhrajnya. Dan Lidah bergantung kepada pemakanan- akan memberi kesan. Sebab itu kene berlatih bertadarus bersama dengan rakan-rakan, keluarga.

6. Tidak betul membaca al_Quran berdosa kita, terutama Surah Al-Fatihah. Tak betul Fatihah, tidak sah solat sebab fatihah adalah salah satu rukun sembahyang.

7. Sirah Nabi dah diplot dengan cantik oleh Allah. Contoh dalam perfileman, tidak cukup dengan pelakon dan pengarah sahaja, tapi yang penting juga sinematoghrapher- Plot yang cantik dan tersusun. Sirah banyak berkait rapat dengan banyak perkara, sebagai contoh dalam perang Hudaibiah, bukan sahaja tentang kecekapan dan kebijaksanaan nabi dalam perang startegi tapi berkait jugak dengan hukum haji.

8. Memang kene belajar tentang Nabi dan Hadis baginda.

9. Sepatah kata NAbi adalah bersesuaian untuk semua orang dan semua zaman kerana berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah.

10. Sebelum jadi Rasul, Baginda dah diuji oleh Allah - masa dalam kandungan dah diuji menjadi anak yatim. Sebab itu anak yatin adalah anak yang mulia.

11. Abu tali jadikan nabi anak yang utama, tapi nabi diuji. dan nabi tidak menggunakan kesempatan yang ada padanya, malah pergi mengembala kambing.

12. Masyrakat Quraisy ada ilmu yang banyak . ada ilmu hisab, pengembaraan, perniagaan.

13. Jadikan Masjid/ balai Islamsebagai tempat ilmu. Bawa anak-anak ke masjid, terapkan nilai islam.

14. Orang Arab jahiliah, ada ilmu tapi tak tau nak gunakan ilmu untuk kenal Tuhan.

15. Ada 2 faktor nabi SAW hebat, pertama mukjizat, yang kedua usaha baginda sendiri, Tahajjud.

2 comments:

  1. http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/mason-mason-melayu-bahagian-vii.html

    ReplyDelete
  2. jom ngundi di sini

    http://mari-mengundi.blogspot.com

    ReplyDelete