Saturday 18 January 2014

Refreshment Entry

Assalamualaikum wbt.. Salam hormat dari saya. Setelah sekian lama tidak mengemas kini blog peribadi ini, tergerak dalam hati untuk mengemaskini kembali. Ya, kita memang sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab harian, hatta tanggungjawab ditempat kerja, tanggungjawab dengan masyarat setempat, tanggungjawab dengan keluarga dan sebagainya. begitulah juga dengan diri saya, pada ketika ini, pada waktu ini memang terlalu disibukkan dengan urusan duniawi yang mudah- mudahan akan menyenangkan di kemudian hari yakni di hari akhirat kelak. Kembalinya saya dalam arena penulisan ini, mungkin akan memberikan perkongsian,daripada apa-apa sahaja amatan, pendengaran, perbincangan, pemikiran dan juga buah fikiran yang dilontarkan dalam apa jua isu yeng berkaitan dalam kehidupan . Saudara yang diluar sana sekiranya ada cetusan pendapat, pemikiran, tidak ada halangan untuk dikongsikan. Satu keadaan dewasa ini, adalah peningkatan kos sara hidup terutama penduduk bandar. Menjadi isu dan fenomena yang pada suatu ketika dahulu tidak terfikir dek akal kita sebagai manusia yang waras akan akibatnya. Ejekan,penghinaan dan juga ritual penghinaan senantiasa disensasikan melalui media sosial, informasi bebas dan sebagainya akan fenomenan ini, seperti fenomena kangkung dan sebagainya. Ya, rakyat berhak untuk memmberikan protes tetapi bagi saya, perlu kepada landasan, atau platform yang betul untuk menyuarakan konfrantasi tersebut. Untuk entri kali ini, saya fikir cukup dulu, Insya Allah satu masa nanti akan saya kemaskini kembali m ungkin untuk amatan isu-isu yang lain. Klang - 8.25 pagi - 16 Rabiul awal 1435 H